Kata orang, "Jauh perjalanan,luas pengalaman.."
Terengganu Darul Naim
Sepanjang aku kat Selangor (dari Januari sampai Mei),sempat jugak laa aku ikut kakak ipar aku balik rumah keluarga dia kat Terengganu (waaaa!first time kot?sakai aku.lol! ^_^)
Serius,aku tak pernah terfikir pun akan dapat pergi Terengganu..Huuuu..
Untunglaa kan dapat kakak ipar orang Terengganu?
Dua kali jugak laa aku dah pergi sana,boleh kata best sebab tak pernah pergi kan?
Paling aku suka kat sana,aku dapat rasa makanan yang susah nak jumpa kat negeri lain,apatah lagi kat Sarawak,memang menangis tak berlagu laa nak jumpa kan? Haha!
Keropok lekor,nasi kerabu,bubur asyura,otak2 dan banyak lagi lahh.. Kat Terengganu lah first time aku merasa nasi kerabu dan nasi dagang.. Sedap kot.. (korang dah rasa belum?haha!yang dah rasa,sila jangan sibuk)
Pasal keropok lekor pulak (ala yang jual kat pasar malam,seposen dua posen sen tu hihihi),selama ni aku ingat cuma ada keropok lekor yang digoreng jaa.. Tak tau pulak,ada keropok lekor yang dikukus/rebus.. Boleh tahan sedap jugak rasa.. Cicah dengan sos lagi.. Perghhhh! Yummylicioussss! *okay,sila terajang aku -,-'
Okay,tutup cerita pasal makanan.. Kita cerita pasal tempat2 yang aku lawat kat Terengganu pulak..
Bila sebut pasal Terengganu,mesti teringat kat Taman Tamadun Islam..
Okay,kat dalam Taman Tamadun Islam ni lah terletaknya Masjid Kristal yang cantik tu dan replika-replika masjid macam Masjid Nabawi,Masjidil Haram,Masjid al-Aqsa dan jangan tak tahu,replika Taj Mahal pun ada tau? kelas kau mariaaa!
Alhamdulillah,masa pergi kat Masjid Kristal tu,dapat laa jugak sembahyang berjemaah kat dalam tu..
Selain Taman Tamadun Islam,aku jugak berpeluang pergi ke Muzium Terengganu..
Masa kat dalam tu,aku rasa macam tersesat kat dunia bunian pulak sebab rekabentuk binaan muzium tu serupa macam istana kayangan yang selalu kita tengok dalam cerita bunian tipikal yang TV3 dok suka tayang tu.. Tapi cantik laa.. Besar pulak tu..
Dalam muzium tu pulak ada banyak kapal terdampar (sebagai pameran laa).. Kapal-kapal tu suatu ketika dulu pernah menjadi milik nelayan2/orang2 terkenal kat Terengganu.. Tak sure betul ke tidak info aku ni,silap haribulan korang kena propa.haha!
Sila rajinkan diri untuk google okay? Takkan laa semua pun aku nak kena suap kan? Hahaha!
Sepanjang berada kat Terengganu,aku jugak dah jalan2 kat Kampung Losong.. Kampung yang terkenal dengan perusahaan keropok losong,keropok lekor,otak-otak dan makanan-makanan yang berasaskan ikan.. Tak ketinggalan,budu pun ada jugakk..
Bukan dua tiga rumah jaa,tapi boleh kata banyak rumah kat situ jalankan perusahaan kecil-kecilan dan sederhana ni.. Ulang sekali lagi,BANYAK okay?
Dah sampai Terengganu,rasanya tak sah kalau tak pergi ke pantai.. Sayangnya,aku hanya pergi jaa,tak sempat nak mandi sakan kuak lentang,kuak kupu-kupu,kuak dada apa semua.. Lain kali kot? Huhuhu..
Okaylahh,nak cerita panjang nanti jadi malas nak baca pulak kan? Jadi,sampai sini sahaja entri untuk kali ni.. Kat bawah ni,aku sertakan beberapa foto sepanjang aku berada di Terengganu.. Jadi,korang cuci lahh sendiri mata korang ya?
Pintu gerbang ke Taman Tamadun Islam
Masjid Kristal
Muzium Terengganu
Kapal Sabar T.82
(antara kapal yang dipamerkan)
Keropok
Gotong-royong buat bubur asyura
Hehehe.. (tak tau nak cakap apa ^_^)
Aku di Pantai Teluk Bidara
SEKIAN~
Amboi datang terengganu ! hahahahaha best kan terengganu
ReplyDeleteSoal makanan , keropok is the one most fofular kat tgganu ni . seriously sama macam hadri punya tanggapan . Ingatkan ada yang goreng je , rupanya yang rebus pun ada . hahaha
Kenapa tak singgah unisza ! T.T
Hahaah! Yupp,memang best.. Rasa nak pergi lagi.. Hehehe.. Keropok,kalau boleh mulut ni tak nak berhenti jaa mengunyah LOL! Kalau dapat yang masih panas,memang habis laa.. Hihihih.. Eh? Nak buat apa singgah UNISZA? Ada siapa jaa kat situ? Hahaha! :P
Delete