Batman Begins Background

Thursday 26 January 2012

LELAKI : Macho Dan Emosi

MACHO dan EMOSI..

Aku ingin kaitkan dua perkataan ini dengan kaum LELAKI.

Acapkali kita kaitkan lelaki dengan perkataan macho.

Tetapi emosi?

Emosikah seseorang lelaki?

Untuk jawapannya,lanjutkan bacaan anda.

Untuk entri kali ini,aku selitkan video muzik.

Untuk penjelasan dan gambaran yang lebih jelas mengenai entri kali ini,aku sarankan kalian menonton dan menghayati lagu pada setiap video muzik yang telah disertakan di bawah.





Sudah tonton video muzik di atas?

Berikut adalah video muzik yang seterusnya.




Video muzik yang pertama adalah lagu I'm Your Man dari 2PM.

Manakala video muzik yang kedua adalah Bad Woman nyanyian FT Island.

Berdasarkan pemerhatian aku,video muzik I'm Your Man,adalah video muzik yang PALING MACHO pernah aku tonton.

Koreografi yang ditarikan oleh Taecyeon,Junsu,Nickhun,Chansung,Junho dan Wooyoung sangat berkesan dalam video muzik tersebut.

Sesuai dengan tajuk lagunya,I'm Your Man,koreografi dalam video muzik tersebut jelas menunjukkan sisi KELELAKIAN seseorang lelaki.

Kita beralih ke video muzik yang kedua pula.

Emosi yang disampaikan melalui lagu Bad Woman sangat mendalam.

Ditambah dengan kekuatan vokal vokalis kugiran muzik tersebut iaitu Lee Hong Gi,setiap pendengar yang benar-benar menghayati lagu tersebut pasti mengalirkan air mata.

Walaupun didendangkan menggunakan bahasa Korea,namun itu bukanlah suatu masalah buat pendengar-pendengar yang tidak mahir berbahasa Korea.

Bagi aku,penyampaian penyanyi dan penghayatan pendengar adalah kekuatan utama dalam merealisasikan penceritaan sesebuah lagu,terutamanya lagu yang sarat dengan emosi seperti lagu tersebut.

Berbalik ke tajuk utama entri ini,seseorang lelaki sangat terkenal dengan sifat macho.

Namun,sifat macho tidak mampu untuk menidakkan kenyataan bahawa,seseorang lelaki juga tidak dapat tidak mengalirkan air mata.

Biar semacho mana pun seseorang lelaki,dia pasti pernah dan akan pasti menangis.

Kerana,sifat emosional tidak pernah kalah dalam meruntuhkan "dinding" macho seseorang lelaki.

Lelaki,ada antaranya yang sukar atau tidak mengalirkan atau menggenangkan air mata secara luarannya.

Hakikatnya,hatinya tetap merintih sedih.

Yang pasti,di saat seseorang lelaki itu kehilangan orang yang sangat bermakna dalam hidupnya seperti keluarga mahupun kekasih,percayalah,pada masa itu akan pasti dia mengalirkan air mata.

SEKIAN~

p/s:Harap maaf buat pembaca yang kurang atau tidak meminati KPOP.Terima kasih sekiranya anda tetap membaca sehingga penghabisan entri ini.

Monday 23 January 2012

Wanita VS Lelaki

Jika kita lihat pada kaum wanita,kita akan labelkan mereka sebagai golongan yang lemah.

Memang benar.

Kaum wanita,memang layak digolongkan sebagai golongan yang lemah.

Oleh itu,sebarang kekerasan ke atas kaum wanita,dilihat sebagai suatu tindakan yang TIDAK wajar.

Terutama sekali,jika pelaku kekerasan tersebut adalah kaum LELAKI.

Dalam konteks masyarakat global,seharusnya kaum lelaki bertindak sebagai PELINDUNG kepada kaum wanita.

Namun,ada satu perkara yang aku lihat jika dilakukan oleh kaum wanita,mereka akan kelihatan "BERKUASA" seperti superheroine.

Perkara itu ialah..

MEMANDU!


Lihat pada gambar di atas.

Wanita yang memandu kereta,akan pasti kelihatan sebegitu.

Aku sedar akan "kehebatan" yang dimiliki oleh wanita ini,ketika sedang memerhati kakak ipar aku memandu kereta.

Untuk "efect" yang lebih hebat,aku perhatikan dari tempat duduk penumpang di belakang.

Dari situ,aku dapat melihat dengan lebih ketara "kuasa" yang keluar dari tubuh wanita.

Ketika sedang memerhatikan kakak ipar aku memandu,aku dapat rasakan ada suatu keterujaan yang lahir dari dalam diri aku.

Yang pasti,di dalam hati,aku berasa sangat kagum dengan kelainan yang hanya dimiliki oleh kaum wanita ini.

Sebaliknya,apabila kaum lelaki memandu kereta,aku rasakan tidak ada suatu "kuasa" pun yang dijelmakan.


Mengapa?

Kerana,kaum lelaki adalah kaum yang kuat.

Jadi,melihat kaum lelaki memandu kereta itu adalah suatu perkara yang biasa berbanding wanita.

Apa-apa pun,ini sekadar perspektif aku.

Terpulang kepada anda bagaimana cara anda melihat sesuatu perkara.

SEKIAN~

Monday 16 January 2012

Angkasa




Telah lama aku benamkan hasrat untuk membelahi awan

Selama itu juga aku meronta

4 tahun yang lalu

Cukup lama rasanya apabila dikenangkan kini

Tanah asal kelahiran,tanah aku dibesarkan

Siapa yang tidak rindukan itu?

Alhamdulillah,penantian aku telah berakhir

Kini,genap seminggu aku di kota metropolitan

Bandaraya Kuala Lumpur

Keadaan pada mulanya,agak janggal buat aku

Masakan tidak?

Suasana yang telah aku tinggalkan selama 4 tahun,terpaksa aku serap semula

Tapi,itu bukan masalah buat aku

Sebaliknya,aku telah bersedia

Perubahan ini telah lama aku harapkan,jadi ia bukannya suatu paksaan

Buat masa ini,aku belum lagi bertemu dengan rakan-rakan lama aku

Tak apa,aku akan terus berharap

Rindu sungguh aku dengan mereka

Kedatangan aku ke Kuala Lumpur ini pada asalnya adalah untuk mengenali dengan lebih rapat keluarga kakak ipar aku

Namun,aku terpaksa tangguhkan dahulu kerana mereka berada di Terengganu

Buat masa ini,aku sedang menanti masa untuk berangkat ke negeri tersebut

Aku juga berhasrat untuk menetap di sana dengan mereka

Tidak salah kerana aku juga sebahagian daripada mereka

Mengenai kepulangan aku ke Kuching pula,aku akan hanya pulang menjelang pengumuman keputusan SPM 2011 nanti

Sehingga itu,aku akan mencari pekerjaan di sini untuk mengisi waktu senggang di samping meraih pengalaman

Semoga aku akan pulang dengan kejayaan

Ya Allah,bantulah aku membina kehidupan di sini

Rahmatilah pemergian aku ini yang jauh dari keluarga

SEKIAN~

p/s:Tiba-tiba aku bercita-cita untuk menjadi pramugara

Monday 2 January 2012

Transformasi Status



Situasi hari pertama persekolahan hampir tiba!

Sekolah-sekolah yang sunyi dan lengang sepanjang musim cuti,akan kembali riuh dan penuh.

Untuk sesi persekolahan 2012,aku tidak lagi bergelar seorang pelajar.

Kenapa?

Kerana,aku telah menamatkan status tersebut pada 30 November 2011,tarikh terakhir aku menjejakkan kaki di sekolah dengan status pelajar.

Akhirnya,aku telah selesai menduduki ujian SPM.

Bermakna,tugas aku sebagai seorang pelajar sekolah Malaysia juga telah selesai.

Melihat ibu bapa membawa anak-anak membeli barangan keperluan sekolah,mengimbas kembali nostalgia serupa yang pernah aku alami buat 11 tahun berturut-turut yang lalu.

Pada waktu-waktu sebegini,gedung-gedung yang menjual pakaian seragam sekolah serta peralatan menulis,menjadi tumpuan orang ramai.

Pasti sesak!

Meskipun aku tidak lagi memegang status selaku seorang pelajar sekolah,namun masa depan aku lebih getir!

Aku akan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

UNIVERSITI.

Buat masa ini,aku sedang sibuk melawati laman sesawang rasmi kemasukan ke IPTA dan portal-portal rasmi universiti-universiti tempatan.

Hanya 3 buah universiti yang aku pertimbangkan.


1.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


2.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


3.Universiti Teknologi Mara (UiTM)


Pada mulanya,aku berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM).Malangnya,kursus yang aku minati tidak ditawarkan di universiti tersebut.

Tidak mengapa.

Seorang rakan aku,yang juga merupakan seorang mahasiswa universiti berkata...
"Buatlah juga permohonan ke politeknik sekali.Sekiranya permohonan kemasukan ke universiti tidak diterima,sekurang-kurangnya politeknik boleh menjadi 'back up'."

Betul juga.Aku langsung tidak terfikirkan hal tersebut.

Masalahnya ialah,aku TIDAK berminat untuk menyambung pengajian ke politeknik.

Minta maaf,bukannya aku hendak merendah-rendahkan politeknik,cuma aku memang TIDAK MAHU.

Ke mana hala tuju aku selepas ini,hanya akan dapat aku tentukan setelah keputusan SPM 2011 diumumkan.

Kursus yang aku pilih?

Sama ada Bahasa Inggeris atau Undang-Undang.

Sehingga sekarang,aku tidak pasti dengan kerjaya yang ingin aku ceburi dewasa nanti.

Memetik nasihat pakcik aku...
"Pilihlah kursus yang mempunyai pasaran.Kursus yang setelah tamat pengajian,akan terus mendapat pekerjaan."

Ayah aku menginginkan aku untuk bergelar mahasiswa UPSI dan mengambil kursus pendidikan.
Pendidikan?Guru?
TIDAAAAKKKKKKK!!!

Akhir sekali,aku berharap agar aku akan diterima sebagai mahasiswa di mana-mana antara 3 universiti yang telah aku kemukakan di atas.

Aku juga berharap,agar lepasan-lepasan SPM 2011 akan turut melanjutkan pelajaran ke IPTA terutama sekali sahabat-sahabat aku.

SEKIAN~

Sunday 1 January 2012

Tahun Baharu Lagi!

2 0 1 2 !




TERUJAAAA!!

Satu dunia cenderung menantikan saat ini.Ahh,sangat tipikal!

Kendatipun begitu,aku kini hidup dalam fasa terbaharu.Fasa terkini buat masa ini.

Tahun 2011 sudah pun berlalu.

Banyak kenangan,sama ada yang mahu aku lupakan mahupun yang tidak mahu aku padam,telah aku raih.

Tidak kurang juga kenangan yang bagi aku,sukar untuk aku hapuskan.

Sepanjang tempoh setahun yang lalu,masa telah menyaksikan sendiri bagaimana rebah dan megahnya aku.

Biasalah,lumrah hidup manusia.

Setiap kejayaan terselit kegagalan.Gagal di permulaan,namun akhirnya berjaya jua.

Cukuplah setakat itu memori 2011.Kita menginjak ke tahun 2012 pula.



Selamat datang tahun baharu!


Tahun ini,pada bulan April nanti,aku akan mencecah umur 18 tahun.

18 tahun?

Terasa begitu membebankan,meskipun hanya sekadar digit.

Aku tidak lagi di bawah umur.Hehe.

Untuk tahun 2012,aku tidak menetapkan apa-apa azam mahupun matlamat sebagaimana yang pernah aku lakukan pada tahun 2011.

Mengapa?

Mudah saja jawapan aku,"entahlahh..."

Aku cuma mengharapkan,perjalanan merentasi masa yang masih jauh di hadapan,mampu aku jalani sehingga ke akhir.

Dan juga,semoga aku akan mampu meraih rantaian kejayaan dalam setiap perkara yang aku lakukan.Terutama sekali,dalam pelajaran.


Akhir sekali,aku harapkan agar kita semua dirahmati Allah SWT.

SEKIAN~



p/s:Akankah dunia musnah menjelang 21 Disember 2012 seperti yang diramalkan?
Sama-sama kita nantikan.