Batman Begins Background

Tuesday 19 February 2013

Cerita Yang Menakutkan

Aku mulai perasan akan suatu keasingan.

Kerenggangan telah menggauli sebuah perhubungan.

Seorang gadis,aku gelarkannya kawan.

Bukan kekasih,jauh sekali lawan.

Tidak berniat memburukkan,ini hanyalah sekadar luahan.

Persahabatan ini telah Allah rencanakan.

Malang sekali,hanya untuk sekerat jalan.

Jelas pada pandangan,kau tewas pada cubaan.

Terlalu mudah simpulan kau leraikan.

Apakah kau ketandusan pilihan?

Atau memang ini yang engkau inginkan?

Terlalu banyak mulut yang mencanangkan.

Akan status kita dalam berhubungan.

Nampaknya engkau tertekan akan usikan rakan-rakan.

Mulai dari itu,aku diibaratkan beban.

Barangkali ini ketentuan Tuhan.

Mengingatkan aku agar menjaga batas dalam pergaulan.

Apatah lagi sesama jantina yang berlawanan.

Agar tidak tersungkur dalam hasutan syaitan.



Monday 12 November 2012

Berat dan Tinggi


Aku berasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu mengenai fizikal aku..

Aku memiliki berat badan sekitar 56kg dan ketinggian lebih kurang 173cm.. Hasil gabungan berat dan ketinggian ini membuatkan aku kelihatan kurus.. *nasib baik muka aku hensem,hahaaha!

Realiti mengenai susuk tubuh aku ini kadang-kadang membuatkan aku berasa "kurang" berbanding orang lain yang mempunyai berat badan dan ketinggian yang seimbang.. Ohh,betapa aku membenci mencemburui mereka..

Ada yang menegur aku kurus.. Dan aku agak malu secara peribadi..

Kadang-kadang,aku berdiri di depan cermin sambil berfikir kenapa aku terlalu kurus?

Jujur dikatakan,aku seorang yang kuat makan.. Tetapi badan aku sukar untuk "naik".. Aku agak hairan,kenapa ada orang yang terlalu mudah untuk "berisi" walau hanya makan sedikit pun? Ohh,kadar metabolisme badan mungkin.. Untunglahh~ T_T

Selain masalah berat badan,aku juga agak cemburu dengan orang lain yang mempunyai ketinggian sehingga mencapai 180cm.. Aku pernah berjalan dengan orang dari golongan ini dan ingin aku katakan,aku berasa sangat rendah! Rasa macam aku ni kerdil sangat! Isk Isk~ :(

Jadi,bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan yang menghantui aku,aku pun meng"google" maklumat dan cara-cara untuk menaikkan berat badan dan menambah ketinggian..

Mengikut kajian yang telah aku lakukan..

Manusia boleh dikategorikan kepada 3 :

1.Ectomorph
Jika anda mempunyai jenis badan ectomorph, anda akan dapati sangat sukar untuk menambah berat badan. Makan berpinggang-pinggang nasi sehari tetapi tetap tidak gemuk. Mereka yang mempunyai bentuk badan ectomorph kurus dan sukar untuk meningkatkan saiz otot.

2.Mesomorph
Mereka yang mempunyai jenis tubuh mesomorph mempunyai badan yang berotot secara semulajadi. Mereka kelihatan lebih athletic dan mempunyai badan yang tegap.

3.Endomorph
Mereka yang mempunyai jenis tubuh mesomorph pula selalunya kelihatan chubby dan berlemak. Golongan ini mempunyai bentuk muka yang lebar dan lebih mudah mengumpul lemak. Makan sedikit sahaja sudah cukup untuk menaikkan berat badan mereka.

Antara punca kurang berat badan ini disebabkan oleh :

1.Kadar metabolisme yang tinggi
Makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien yang ada dibuang begitu sahaja dengan sia-sia.

2.Gaya Hidup
Jika anda seorang yang malas atau kurang melakukan senaman berat, anda berpotensi tinggi untuk mengalami masalah kurang berat badan.

3.Gaya pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat
Makan tidak mengikut waktu dan kurang mengambil makanan yang berkalori.

Justeru,bagaimana caranya untuk menambah berat badan bagi yang bertubuh kurus seperti aku? Lanjutkan pembacaan anda sehingga habis..

Cara menambah berat badan :

1.Kalori masuk vs kalori dibakar
Jika anda ingin menambah berat badan dan membina otot,anda haruslah mengambil makanan yang mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Ini kerana otot dibina melalui lebihan kalori. Apabila tubuh anda membakar lebih banyak kalori daripada apa yang anda makan maka,badan anda tidak dapat menyimpan kalori untuk tujuan tersebut. Ini membuatkan anda sukar untuk menambah berat badan. Jika selama ini anda makan banyak tetapi tidak bertambah berat badan, ini adalah kerana badan anda membakar terlalu banyak kalori. Ini bermakna aktiviti harian anda memerlukan penggunaan kalori yang tinggi. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meningkatkan lagi jumlah pengambilan kalori harian anda.

2.Tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi
Makan makanan yang memberi kalori yang tinggi dengan lebih kerap. Makanan berkalori tinggi adalah seperti nasi, pasta, kekacang, dan susu. Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan "junk calorie".

3.Tingkatkan pengambilan protein
Protein dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protein membuatkan tubuh anda "mencuri" protein dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protein dalam diet harian anda. Ambil sekurang-kurangnya 1.2 gram protein untuk setiap kilogram berat badan anda. Bermakna jika berat anda 50kg, maka darabkan 1.2 gram dengan 50. Anda boleh dapatkan sumber protein dari ayam, ikan, telur, daging dan susu.

4.Lakukan aktiviti senaman bebanan
Di samping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga dicadangkan agar melakukan latihan senaman bebanan. Lakukan senaman bebanan bersifat "compound" iaitu senaman yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti squat, bench press, deadlift dan pull up.

Cara menambah ketinggian badan :

1.Senaman
Senaman yang memerlukan anda melompat seperti bola tampar, bola kerajang dan skipping adalah senaman yang berkesan untuk menambahkan ketinggian badan.

2.Bergayut
Bergayut dapat meningkatkan ketinggian sekurang-kurangnya 1 sehingga 2 inci. Bergayut sekurang-kurangnya 20 saat dan ulang proses yang sama untuk beberapa kali.

3.Regangan

i.Alternate Leg Kick
Regangan ini menumpukan kepada tulang belakang. Mulakan regangan dengan berbaring sambil perut menyentuh lantai. Angkat tangan kiri lebih tinggi daripada tangan kanan. Kemudian angkat kaki kanan dan kaki kiri hendaklah di lantai. Ulang proses yang sama dengan menukar tangan dan kaki. Tahan selama 10 saat sebelum membuat pertukaran tangan dan kaki.

ii.Standing Forward Bend
Mulakan regangan dengan berdiri secara menegak dan letakkan kedua-dua belah tapak tangan ke bahagian paha belakang. Kemudian,luncurkan tangan ke kaki tanpa membengkokkan kaki. Luncurkan setakat yang termampu dan tahan sehingga 10 saat.

iii.Head To Knee
Mulakan regangan dengan mengambil posisi duduk. Lunjurkan sebelah kaki anda ke hadapan dan lipatkan sebelah bahagian kaki yang lain ke dalam. Turunkan kepala anda sehingga menyentuh lutut tanpa membengkokkan lutut. Kekalkan posisi tersebut selama 10 saat sebelum bertukar kepada kaki yang lain.

iv.Double Bend Forward
Mulakan rengangan dalam keadaan duduk sambil kedua-dua kaki anda melunjur ke hadapan. Turunkan kepala anda sehingga menyentuh lutut tanpa membengkokkan lutut. Tahan posisi tersebut selama 10 saat kemudian bangun semula untuk berehat sebentar sebelum melakukan proses yang sama.

Jadi,kepada sesiapa yang kurus dan pendek berniat untuk menambah berat badan dan ketinggian badan,rajin-rajinkan diri anda untuk melakukan cadangan-cadangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dikongsikan di atas..

Semoga berjaya untuk aku dan untuk korang.. Chaiyok2! Haha!

SEKIAN~

Friday 9 November 2012

Belum Puas

Result Final Exam Sem 1 dah keluar..

Berapa aku dapat?

Perlu ke aku cakap? Hehehe..

Alhamdulillah di atas result yang aku terima ni..

Walaupun tak mencapai sasaran awal,tapi aku tetap bersyukur.. Harus bersyukur..

Sebab apa perlu bersyukur? Sebab ada orang lain yang dapat result yang kurang membahagiakan seperti mana result aku.. *jangan tak bersyukur,Allah murka tau!

Perlu diingati,setiap perkara yang berlaku ada hikmah tersendiri.. Mungkin Allah nak sedarkan kita daripada terus bermain-main sampai menjejaskan pelajaran.. Contoh paling dekat di kolej aku,ramai yang tak bersungguh-sungguh.. Sempat dan sanggup berjaga sepanjang malam untuk main DOTA daripada menelaah pelajaran,walaupun exam adalah pada keesokan hari. Eh! Kau sudah pandai kah?

Mungkin juga kita rasa kita sudah berusaha sesempurna mungkin,tapi sebenarnya terdapat lopak yang kita terlepas pandang..

Peluang masih ada.. Janji pada diri sendiri untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan lepas..

Okaylaahh,nak tahu result aku kan? Nahh,untuk tatapan mata liar anda.. Haahaha..


Agak sedih dan kecewa sejujurnya aku,sebab subjek PAD120 dan MAT112 tak dapat gred A.. Entah macam mana subjek-subjek kegemaran tak dapat gred A.. Sungguh misteri sedikit.. *misteri waklu!diri sendiri pun belajar last minute -,-'



Mengikut perkiraan,aku sepatutnya mampu untuk mendapat gred A untuk subjek MGT162,CTU101,PAD120 dan MAT112.. Tapi kenapa tak tercapai?? Huhuhuu..

Tapi macam yang aku cakap,mungkin ada hikmah di sebalik benda yang kita anggap remeh ni berlaku..

Seperti kebiasaan,laporan perlu dibuat kepada ayahanda dan ibunda.. Mereka gembira dan bangga semestinya,terutama sekali ayahanda.. Akhirnya,aku berhasil menggembirakan mereka melalui pelajaran..

Selama ini,aku terus-menerus gagal untuk membuat mereka tersenyum dengan pencapaian akademik aku.. Tapi kali ini,aku berjaya!

Bukan hanya untuk kali ini sahaja,malah aku berniat untuk kekalkan senyuman kebanggaan tersebut sampai bila-bila.. :)

Sasaran untuk sem 2,aku meWAJIBkan diri untuk mencapai anugerah Dekan. Kali ini aku serius dan tidak akan lalai!

Baiklah,setakat ini sahaja untuk kali ini.. Semoga mahasiswa/mahasiswi UiTM berbahagia dengan result masing-masing..


SEKIAN~



Thursday 8 November 2012

Oh Lagu



Shayne Ward-Melt The Snow

Sometimes out my window
I notice that you've been cryin' over him
And I wonder why you just don't
Kick him to the curb instead of bein' with him

You see love at first is summer time
That's when you think that everything's fine
No one ever thinks it's gonna end

But when things go wrong and winter comes
You're gonna need to run to someone
Left alone you'll just freeze up again

But you should know
When it gets too cold
You're not alone
I'll melt the snow

Some nights I can hear you
Screamin' on the phone over somethin' that he did
And I wonder what can I do
To make you throw him out so you can let me in

You see love at first is summer time
That's when you think that everything's fine
No one ever thinks it's gonna end

But when things go wrong and winter comes
You're gonna need to run to someone
Left alone you'll just freeze up again

But you should know
When it gets too cold
You're not alone
I'll melt the snow, I'll melt the snow

I'll, I'll melt the snow, I'll, I'll melt the snow
I'll, I'll melt the snow, I'll, I'll melt the snow
I'll, I'll melt the snow, I'll, I'll melt the snow

You see love at first is summer time
That's when you think that everything's fine
No one ever thinks it's gonna end

But when things go wrong and winter comes
You're gonna need to run to someone
Left alone you'll just freeze up again

You see love at first is summer time
That's when you think that everything's fine
No one ever thinks it's gonna end

But when things go wrong and winter comes
You're gonna need to run to someone
Left alone you'll just freeze up again

But you should know
When it gets too cold
You're not alone
I'll melt the snow

But you should know
When it gets too cold
You're not alone
I'll melt the snow
I'll melt the snow


SEKIAN~

p/s:Terima kasih Leo (bukan nama sebenar) untuk lagu ini. ^_^