Batman Begins Background

Friday 9 November 2012

Belum Puas

Result Final Exam Sem 1 dah keluar..

Berapa aku dapat?

Perlu ke aku cakap? Hehehe..

Alhamdulillah di atas result yang aku terima ni..

Walaupun tak mencapai sasaran awal,tapi aku tetap bersyukur.. Harus bersyukur..

Sebab apa perlu bersyukur? Sebab ada orang lain yang dapat result yang kurang membahagiakan seperti mana result aku.. *jangan tak bersyukur,Allah murka tau!

Perlu diingati,setiap perkara yang berlaku ada hikmah tersendiri.. Mungkin Allah nak sedarkan kita daripada terus bermain-main sampai menjejaskan pelajaran.. Contoh paling dekat di kolej aku,ramai yang tak bersungguh-sungguh.. Sempat dan sanggup berjaga sepanjang malam untuk main DOTA daripada menelaah pelajaran,walaupun exam adalah pada keesokan hari. Eh! Kau sudah pandai kah?

Mungkin juga kita rasa kita sudah berusaha sesempurna mungkin,tapi sebenarnya terdapat lopak yang kita terlepas pandang..

Peluang masih ada.. Janji pada diri sendiri untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan lepas..

Okaylaahh,nak tahu result aku kan? Nahh,untuk tatapan mata liar anda.. Haahaha..


Agak sedih dan kecewa sejujurnya aku,sebab subjek PAD120 dan MAT112 tak dapat gred A.. Entah macam mana subjek-subjek kegemaran tak dapat gred A.. Sungguh misteri sedikit.. *misteri waklu!diri sendiri pun belajar last minute -,-'



Mengikut perkiraan,aku sepatutnya mampu untuk mendapat gred A untuk subjek MGT162,CTU101,PAD120 dan MAT112.. Tapi kenapa tak tercapai?? Huhuhuu..

Tapi macam yang aku cakap,mungkin ada hikmah di sebalik benda yang kita anggap remeh ni berlaku..

Seperti kebiasaan,laporan perlu dibuat kepada ayahanda dan ibunda.. Mereka gembira dan bangga semestinya,terutama sekali ayahanda.. Akhirnya,aku berhasil menggembirakan mereka melalui pelajaran..

Selama ini,aku terus-menerus gagal untuk membuat mereka tersenyum dengan pencapaian akademik aku.. Tapi kali ini,aku berjaya!

Bukan hanya untuk kali ini sahaja,malah aku berniat untuk kekalkan senyuman kebanggaan tersebut sampai bila-bila.. :)

Sasaran untuk sem 2,aku meWAJIBkan diri untuk mencapai anugerah Dekan. Kali ini aku serius dan tidak akan lalai!

Baiklah,setakat ini sahaja untuk kali ini.. Semoga mahasiswa/mahasiswi UiTM berbahagia dengan result masing-masing..


SEKIAN~



No comments:

Post a Comment