Batman Begins Background

Sunday, 4 November 2012

Pelangi Selepas Hujan

"Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan.
Kita menangis dan mencari mana matahari.
Rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik kat kita."




p/s:Balik ke 5 bulan yang lepas..

Masa nak semak keputusan kemasukan ke IPTA kat laman web rasmi UPU,memang tersangatlah takut dan berdebar-debar uolls.

Bukan apa,sebabnya result SPM aku yang tak seberapa tu,boleh bawak modal ke nak masuk IPTA kan? *jangan tanya result SPM aku

Tapi aku semak laa jugak,sebab aku dah hantar permohonan kan? Dan result SPM aku tu pun dah lepas syarat-syarat minima course-course yang aku apply tu.

Masa tu dah tengahari,traffic laman web UPU bukan main menggila lagi I tell you. Biasalah,lepasan SPM yang lain pun nak semak jugak kan? Bukannya aku sorang jaa yang hidup atas muka bumi ni. Haha!

Semak semak semak,dan dari situ bermulalah episod hitam dalam hidupku aku tersentap! Rasa macam harapan nak sambung pelajaran ke IPTA takkan tercapai. Aku dah GAGAL. Oh,ayat "dukacita dimaklumkan" tu sangat-sangat mendukacitakan.

Jadi,aku pun sms ayahanda berkenaan kegagalan tersebut. Aku diarahkan untuk balik semula ke Sarawak,sambung Tingkatan 6 jelaaa. *wuwuwuuu

Diringkaskan cerita,aku dah tak ada pilihan lain lagi,satu-satunya peluang untuk aku sambung belajar hanyalah dengan cara masuk ke Tingkatan 6. Jadi,aku pun tanpa rela dan berat hati,terpaksa pulang ke Sarawak.

Walaupun dah sampai di Sarawak,aku tak serta-merta uruskan pendaftaran masuk ke Tingkatan 6. Sebab aku ada hal yang masih tersangkut dengan pihak sekolah. Aku hanya mendaftar masa hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun. Jadi,aku hanya mula bersekolah setelah cuti tamat. Cerdik tak aku? *kahkahkah

Cuti tamat,aku pun masuk ke sekolah. Masa aku masuk dalam kelas,orang usha aku baik punya kot. Macamlah aku baru lepas curi tong gas rumah diorang. Eh? Apakah? Tapi serius okay,dan aku buat laa muka tak bersalah,muka takda perasaan.

Tarikh semakan keputusan permohonan rayuan UPU dah sampai,jadi hari tu ayahanda bawak aku pergi semak keputusan rayuan UPU.

Aku pun search laman web rasmi UPU,klik saluran Sarawak dekat homepage dia. Dan? Terpampang depan-depan mata perkataan "tahniah". Faham-faham lah kan,tak perlu kot cerita lebih terperinci. Ya Allah,syukur Alhamdulillah! Harapan aku masih hidup rupanya.

Diploma Pentadbiran Awam,pilihan pertama dalam senarai permohonan rayuan aku. Wow! Course yang aku sangat minat okay! Dan aku ditempatkan di UiTM kampus Kota Samarahan,Sarawak. Taklaa jauh dari family. Kalau kena campak kat Semenanjung,mahu melalak aku beb!

Ayahanda pun apa lagi,gembira laa jugak kot. Dari reaksi dia pun dah dapat tau dah. Terus dia sms mak. Hehehe. Terharunya. Jadi,satu hari tu jaa dah cukup untuk mengubah hidup aku.

Aku pun print surat tawaran untuk diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah. Aku nak berhenti Tingkatan 6! Berapa lama tempoh aku masuk ke Tingkatan 6? Empat hari jaa wehh! Haha!

Jadi,sekarang aku dah bergelar mahasiswa universiti. *just saying,bukan nak bangga okay?

Kehidupan mahasiswa sangat berbeza daripada kehidupan pelajar sekolah. Aku rasa,kehidupan mahasiswa lebih relaks dan not stressful berbanding pelajar sekolah. *sem 1 memang lah kot,mana tahu sem seterusnya makin menggila kan?

Masa aku menghadap komputer menaip entri ni,aku tengah dalam mood cuti sem 1. Berbaki beberapa hari jaa lagi menjelang pengumuman result final exam sem 1. Aku harap tak ada subjek yang gagal. Kalau gagal,terpaksa repeat laa jawabnya. Agak malu jugak kot? Sem 2 pulak dijadual bermula pada 3 Disember 2012. *tak sabar aku! ^_^

Okaylah,setakat ini sahaja untuk entri kali ini. Doakan aku semoga berjaya graduate dan menggenggam skrol diploma ya? InsyaAllah,perancangan lepas tu,aku nak sambung sama ada ke Ijazah Sains Politk atau Ijazah Sains Pentadbiran. *aku lebih suka Sains Politik


"Everybody wants happiness,nobody wants pain.
But you can't have a rainbow,
without a little rain."


SEKIAN~

No comments:

Post a Comment