Batman Begins Background

Monday, 2 January 2012

Transformasi Status



Situasi hari pertama persekolahan hampir tiba!

Sekolah-sekolah yang sunyi dan lengang sepanjang musim cuti,akan kembali riuh dan penuh.

Untuk sesi persekolahan 2012,aku tidak lagi bergelar seorang pelajar.

Kenapa?

Kerana,aku telah menamatkan status tersebut pada 30 November 2011,tarikh terakhir aku menjejakkan kaki di sekolah dengan status pelajar.

Akhirnya,aku telah selesai menduduki ujian SPM.

Bermakna,tugas aku sebagai seorang pelajar sekolah Malaysia juga telah selesai.

Melihat ibu bapa membawa anak-anak membeli barangan keperluan sekolah,mengimbas kembali nostalgia serupa yang pernah aku alami buat 11 tahun berturut-turut yang lalu.

Pada waktu-waktu sebegini,gedung-gedung yang menjual pakaian seragam sekolah serta peralatan menulis,menjadi tumpuan orang ramai.

Pasti sesak!

Meskipun aku tidak lagi memegang status selaku seorang pelajar sekolah,namun masa depan aku lebih getir!

Aku akan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

UNIVERSITI.

Buat masa ini,aku sedang sibuk melawati laman sesawang rasmi kemasukan ke IPTA dan portal-portal rasmi universiti-universiti tempatan.

Hanya 3 buah universiti yang aku pertimbangkan.


1.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


2.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


3.Universiti Teknologi Mara (UiTM)


Pada mulanya,aku berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM).Malangnya,kursus yang aku minati tidak ditawarkan di universiti tersebut.

Tidak mengapa.

Seorang rakan aku,yang juga merupakan seorang mahasiswa universiti berkata...
"Buatlah juga permohonan ke politeknik sekali.Sekiranya permohonan kemasukan ke universiti tidak diterima,sekurang-kurangnya politeknik boleh menjadi 'back up'."

Betul juga.Aku langsung tidak terfikirkan hal tersebut.

Masalahnya ialah,aku TIDAK berminat untuk menyambung pengajian ke politeknik.

Minta maaf,bukannya aku hendak merendah-rendahkan politeknik,cuma aku memang TIDAK MAHU.

Ke mana hala tuju aku selepas ini,hanya akan dapat aku tentukan setelah keputusan SPM 2011 diumumkan.

Kursus yang aku pilih?

Sama ada Bahasa Inggeris atau Undang-Undang.

Sehingga sekarang,aku tidak pasti dengan kerjaya yang ingin aku ceburi dewasa nanti.

Memetik nasihat pakcik aku...
"Pilihlah kursus yang mempunyai pasaran.Kursus yang setelah tamat pengajian,akan terus mendapat pekerjaan."

Ayah aku menginginkan aku untuk bergelar mahasiswa UPSI dan mengambil kursus pendidikan.
Pendidikan?Guru?
TIDAAAAKKKKKKK!!!

Akhir sekali,aku berharap agar aku akan diterima sebagai mahasiswa di mana-mana antara 3 universiti yang telah aku kemukakan di atas.

Aku juga berharap,agar lepasan-lepasan SPM 2011 akan turut melanjutkan pelajaran ke IPTA terutama sekali sahabat-sahabat aku.

SEKIAN~

No comments:

Post a Comment