Telah lama aku benamkan hasrat untuk memiliki laman blog sendiri.
Sayang,mungkin selama ini masa dan peluang meragut impian aku.
Kehidupan aku selaku pelajar,sedikit sebanyak membantutkan keinginan aku.
Hari ini,Rabu,2 November 2011,aku menyelit keluar dari lingkungan kekangan serta melupakan sebentar keutamaan,kerana dunia juga menuntut aku untuk memenuhi kehendak hati.
Inilah takdir,seorang insan dengan harapan mencakar langit menggegar bumi,tapak tangan yang kecil ini mampu mengubah seluas-luasnya isi dunia suatu hari kelak.
InsyaAllah.
SelimutBlanket dalam sejarah!
No comments:
Post a Comment